
Mengenangkan waktu di sekolah rendah dahulu, aku pernah dimarahi cikgu kerana pendirianku bersongkok ketika ke tandas. Aku juga jadi bahan ketawa...
aku pernah dihina bila menyatakan pandangan aku tentang sujud sahwi.
...juga pernah ditampar kerana berkata tentang tawakkal.
Semua kejadian tadi berlaku di sekolah rendah.
Aku hairan, adakah kerana semua cikgu ini tak tahu ("jahil" terlalu kasar) maka mereka berhak menghina orang lain. Atau...adakah hanya kerana seorang murid itu jahil maka mereka berhak memberi negetive feedback? Apa yang dapat seorang murid belajar darinya?
Aku selalu berusaha untuk kawal emosi bila bekerja dalam kumpulan. Bila marah, aku pastikan aku punya alasan untuk tinggikan suara. Marah serta emosi sentiasa jadikan aku ragu-ragu.
Aku tak mahu ikut jejak "orang dewasa" yang lemah. Aku tak mahu kejahilan menjadikan aku bertindak bodoh. Aku mahu menyenangkan keluarga dan kawan-kawan dengan kata-kata yang baik.
"Nabi bertanya sahabat : Apakah kamu fikir berkenaan hal kekuatan dalam gusti (berlawan)? Sahabat menjawab : Lelaki yang tidak mampu ditandingi gustinya. Nabi menjawab : tidak sedemikian tetapi kekuatan yang sebenarnya adalah seseorang yang mampu mengawal dirinya ketika marah" (Muslim)
Ya Allah, kuatkan diriku ini untuk melaksanakan tekadku.
*dialog ini adalah dialog yang diubah suai dan diada-adakan oleh penulis
No comments:
Post a Comment