Monday, May 31, 2010

mungkin tajuk paling sesuai ialah "PERMAS"

Ditulis pada 30 Mei 2010.

Aku ada lagi seminggu untuk tinggalkan tempat pengajianku.


Ketika membelek-belek gambar lama, aku terjumpa gambar persatuan... Nostalgik, rasa sedih pun ada... Sebab gambar aku langsung takde! hehe...teruskan membelek...



PERMAS, singkatan kepada Persatuan Mahasiswa Islam Masjid As-Syakirin, adalah persatuan yang well known di kampusku. Persatuan ni menjadi peneraju aktiviti dakwah dan kerohanian di dalam kampus. Aku bersama PERMAS seawal semester satu, waktu tu aku sangat gembira sebab terpisah dengan usrah di Gombak kemudian bertemu PERMAS, bagai patah tumbuh hilang berganti.


Aku ada cita-cita bersama PERMAS, malah jatuh cinta padanya... tapi nikmat bersama PERMAS selama 5 semester aku dah sia-siakan. but it's not the point. aku taknak cerita pun.


Aku tak kenal malah tak hafal nama kebanyakan ahli PERMAS walaupun kami berkawan. Banyak yang aku kagum pada mereka. PERMAS lahirkan ramai pejuang-pejuang Islam, pencinta-pencinta masjid, muda-mudi yang istiqomah. Mereka teman setia ustaz Azrul bukan hanya pada waktu solat. Mereka penjaya program berbuka puasa pada tiap Isnin dan Khamis anjuran mantan Pengarah, Prof Kamil. Banyak lagi jasa PERMAS yang tak boleh diremehkan.


Aku cukup tak senang mendengar sesiapa meremehkan fungsi PERMAS.


Inilah maksud post kali ini.


Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia itu berkata yang baik-baik atau diam sahaja. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia itu memuliakan jirannya. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia itu memuliakan tetamunya”(al-Bukhari dan Muslim)


Aku juga sangat kagum dengan In-Soft @ PERSIHA, kalian hebat bila bergandingan.